Click Here...

Wednesday, 30 November 2011

Bintang Jang Berhijrah...

Aidil dan Zaquan pemain yang berbakat besar  

Beberapa pemain utama Negeri Sembilan bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan. Pemain terlibat termasuklah pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan Radzak dan Mohd Zaquan Adha yang bakal menamatkan kontrak selama tiga tahun dengan PBNS pada 30 November ini.

Beberapa pemain muda berbakat besar juga bakal tamat kontrak, dijangka turut meninggalkan skuad Rusa dan menyertai pasukan yang menawarkan bayaran lebih lumayan kepada mereka.

PBNS tidak mampu menahan mana-mana pemain untuk berhijrah ke pasukan lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan. Pasangan kembar dari Negeri Sembilan ini pastinya ditawarkan dengan gaji yang lebih lumayan oleh pasukan baru yang akan disertai oleh mereka. Pasangan kembar ini dikatakan akan berhijrah ke ATM yang diterajui oleh bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan.

Ketajaman penyudahan Hai-O pastinya akan mendatangkan gerun pasukan lawan

Antara nama lain yang dikaitkan bakal berpindah termasuk penyerang sensasi mereka, Hairuddin Omar. Penyerang dikenali dengan Hai-O itu juga dikhabarkan akan menyertai pasukan Angakatan Tentera Malaysia (ATM). 

Turut dikaitkan menyertai ATM ialah penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus.

Tuesday, 8 November 2011

Kelantan Umum Skuad Musim 2012

Denny Antwi antara pemain import yang akan beraksi bersama skuad The Red Worriors musim 2012

Skuad Kelantan telah mengumumkan skuadnya bagi musim 2012. Seramai 28 pemain yang akan bersama TRW pada musim 2012. Pemain import iaitu dari Ghana dan Lebanon juga akan memperkuatkan pasukan Kelantan bagi musim hadapan. 

1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
21 : Reserve
22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
23 : S.Chanturu
24 : Zairol Fitree Ishak
25 : Azlan Ismail
26 : Izuan Solahuddin
27 : Khairul Izuan Rosli
28 : Aris Zaidi


Friday, 4 November 2011

Indra, Farhan dan Azizi Mat Rose ke The Red Warriors?

Sireh pulang ke gagang. Indra Putra dan Nor Farhan pernah membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010

Adakah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose akan kembali kepangkuan skuad The Red Warriors pada musim hadapan. Segalanya akan terjawab Selasa ini.

Ketiga-tiga pemain terbabit merupakan tunggak utama The Red Warriors ketika merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 2010. Turut dikaitkan untuk beraksi dengan Kelantan pada musim depan ialah sayap kanan Selangor, Amirulhadi Zainal.

Selasa ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan senarai penuh pemain termasuklah pemain import tempatan yang akan mewakili The Red Worriors bagi musim hadapan.





Thursday, 3 November 2011

Tiga Tonggak Tinggalkan T-Team...


Indra Putra dikhabarkan akan bersama skuad B. Sathianathan untuk musim 2012

T-Team menerima perkhabaran buruk bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila tiga tonggak utamanya disahkan meninggalkan kelab itu. Tiga pemain tersebut ialah Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Haris Safwan Kamal.

Ketiga-tiga pemain terbabit telah bertemu dengan pihak pengurusan dan meminta untuk dilepaskan untuk saingan musim depan. Indra dan Norfarhan dikaitkan dengan penghijrahan ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kendalian B. Sathianathan.

Haris pula dikatakan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan lain termasuk Sabah.

Mereka adalah tonggak utama T-Team sepanjang musim ini. Namun pihak pengurusan tetap menghormati keputusan mereka yang ingin dilepaskan.

Yunus Alif terus diberi kepercayaan untuk terus membimbing T-Team bagi saingan musim depan.

T-Team juga telah membuat keputusan untuk menggugurkan enam pemain termasuk pertahanan berpengalaman, Subri Sulong. Lima lagi pemain lain adalah Kamal Rodiarjat Mohd. Ali, Amzar Junaidi Abdul Jalil, Rosli Muda, Ismail Abdul Rahman dan Sazlan Alias.

Kedudukan Fitri Omar juga belum dapat dipastikan. Fitri merupakan pemain yang dipinjamkan dari kelab MP Muar bagi menghadapi kempen Piala Malaysia baru-baru ini.

Wednesday, 2 November 2011

Perak Uji Awang Import...

'Repasi Mania' pernah melanda Perak suatu ketika dahulu 

Sepuluh pemain dari luar negara dikatakan akan mencuba nasib dalam sesi pemilihan pemain import Perak untuk Liga Super tahun depan. Sesi pemilihan tersebut di Ipoh mulai 21 hingga 30 November akan datang. Pasukan Perak akan cuba menyelesaikan  urusan pemain import selewat-lewatnya akhir bulan November ini.

Pemain-pemain tersebut dari benua Afrika, Brazil, Australia, Lebanon dan beberapa buah negara lain. Mereka adalah pemain bagi posisi tengah dan penyerang.

Sepuluh pemain berkenaan tidak pernah beraksi dengan mana-mana pasukan di negara ini pada masa lalu. Ianya sekaligus melenyapkan desas-desus yang menyatakan bahawa Perak berminat untuk mengambil semula bekas pemain importnya, Keita Mandjou.

Keita Mandjou pernah memenangi kasut emas bersama pasukan Perak

Difahamkan, sepuluh pemain import yang mencuba nasib bersama pasukan Perak ini sedang beraksi dengan beberapa buah kelab ternama di luar negara. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga Perak akan menguji lebih dari sepuluh pemain import bagi disenaraikan dalam Liga Super akan datang.

Perak akan memulakan latihan pusat yang dikendalikan oleh jurulatihnya, Norizan Bakar mulai 14 November akan datang.

Hai-O Dirisik...


Sebuah pasukan Liga-M dikatakan telah merisik Hairuddin Omar untuk musim depan.  Hairuddin mengesahkan mengenai tawaran tersebut tetapi ianya masih dalam proses perbincangan. 

Namun, Hairuddin belum membuat sebarang keputusan mengenai pasukan akan disertainya. Kontraknya bersama PBNS akan berakhir hujung bulan ini.



Tuesday, 1 November 2011

Shahrom, Fahrul Razi Mantapkan Skuad Yob..


Dua pemain Kuala Lumpur telah diambil bagi memantapkan skuad Seladang dalam Liga Super musim hadapan. Ketua pasukan Kuala Lumpur, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan pemain sayap, Fahrul Razi Kamaruddin telah menjadi milik Perak.

Shahrom yang bermain di posisi pertahanan mempunyai 1 cap antarabangsa bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Hong Kong, Jun lalu.

Fahrul Razi pula telah mewakili Malaysia di Kejohanan Universiade di Shenzen, China baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Perak akan menggugurkan sembilan pemain musim lalu bagi memberi laluan kepada pemain baru dalam persiapan menghadapi Liga Super musim akan datang.

Antara mereka yang digugurkan ialah Azmeer Yusof, Syahman Zainuddin, Arif Ismail, Nurul Nasriq, Nasir Basharudin, Harizul Izuan Abdul Rani dan Shahrul Hafiz Shafei, Khairul Izzat Jamaluddin, dan Khalis Ibrahim.

Sementara itu, difahamkan sepuluh pemain dari Afrika, Brazil, Australia dan Lebanon akan menjalani ujian pemilihan pemain import Perak di Ipoh pada 21 hingga 30 November akan datang.

Kepakaran Irfan Bakti Ditagih Red Giants..

 
Irfan Bakti berjaya mengubah pasukan Terengganu sebagai pasukan yang disegani di Malaysia

Masa depan Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu akhirnya terjawab. Irfan Bakti mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama skuad Penyu lagi pada musim hadapan.

Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepadanya. Keputusan tersebut dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Keputusan itu sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh Irfan Bakti selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu. Di bawah bimbingan Irfan Bakti, Terengganu berjaya membentuk pasukan yang cukup mantap.

Bekas pengendali skuad Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Telekom Melaka itu masih belum bersedia untuk mendedahkan pasukan yang bakal disertainya pada musim depan. Namun spekulasi kuat menyatakan beliau akan berhijrah ke Selangor musim hadapan.

Untuk rekod, Irfan berjaya membantu skuad Penyu itu muncul juara Piala FA. Selain itu, beliau turut bertanggungjawab membantu Terengganu menjadi Naib Juara dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Mat Zan Mat Aris Jurulatih Baru Terengganu Musim 2012..

Mat Zan pernah membawa Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001

Jurulatih Pos Malaysia FC, Mat Zan Mat Aris kembali melatih skuad Pantai Timur itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memilih Mat Zan berdasarkan pengalamannya membimbing pasukan Terengganu termasuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001.

Mat Zan Mat Aris akan menggantikan Irfan Bakti yang meninggalkan Terengganu selepas enggan menyambung kontrak dengan Terengganu untuk musim hadapan.

Irfan dikatakan telah menerima tawaran untuk melatih Selangor bagi merialisasikan Misi 33.

Mat Zan akan datang ke Terengganu untuk berbincang lanjut mengenai tawaran kontrak ini dalam masa yang terdekat.

Untuk rekod, selain Terengganu, Mat Zan, 53, juga pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan Pos Malaysia.