'Repasi Mania' pernah melanda Perak suatu ketika dahulu
Sepuluh pemain dari luar negara dikatakan akan mencuba nasib dalam sesi pemilihan pemain import Perak untuk Liga Super tahun depan. Sesi pemilihan tersebut di Ipoh mulai 21 hingga 30 November akan datang. Pasukan Perak akan cuba menyelesaikan urusan pemain import selewat-lewatnya akhir bulan November ini.
Pemain-pemain tersebut dari benua Afrika, Brazil, Australia, Lebanon dan beberapa buah negara lain. Mereka adalah pemain bagi posisi tengah dan penyerang.
Sepuluh pemain berkenaan tidak pernah beraksi dengan mana-mana pasukan di negara ini pada masa lalu. Ianya sekaligus melenyapkan desas-desus yang menyatakan bahawa Perak berminat untuk mengambil semula bekas pemain importnya, Keita Mandjou.
Keita Mandjou pernah memenangi kasut emas bersama pasukan Perak
Difahamkan, sepuluh pemain import yang mencuba nasib bersama pasukan Perak ini sedang beraksi dengan beberapa buah kelab ternama di luar negara. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga Perak akan menguji lebih dari sepuluh pemain import bagi disenaraikan dalam Liga Super akan datang.
Perak akan memulakan latihan pusat yang dikendalikan oleh jurulatihnya, Norizan Bakar mulai 14 November akan datang.
No comments:
Post a Comment