Hasrat pihak pengurusan skuad Yob mendapatkan pemain berkualiti dari negeri lain dalam persiapan menghadapi kempen Liga Super tahun depan telah mendapat sokongan daripada Kelab Peminat Bolasepak Perak (KPBP).
Usaha Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk mendapatkan pemain tengah Selangor, Mohd Syafiq Rahim amat dialu-alukan. Biarlah pembelian yang akan dilakukan oleh PAFA akan memberi kesan yang positif kepada skuad Yob dalam saingan Liga Super tahun depan.
Pengurus Pasukan Perak telah memberikan tawaran kepada Syafiq untuk menyertai skuad Yob. Namun begitu, Syafiq belum memberi sebarang jawapan mengenai tawaran tersebut.
Syafiq mengakui beliau sudah menerima tawaran daripada Perak tetapi belum membuat sebarang keputusan. Difahamkan pasukan mana yang akan disertainya untuk tahun hadapan akan dibuat selepas berbincang dengan keluarga.
Perak sudah mengikat dua pemain yang dipinjam daripada USM dan Harimau Muda, Mohd Failee Mohd Ghazli dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin untuk kempen Liga Super tahun depan.
Failee yang berasal dari Selama, Perak menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbatkan lima gol dalam kempen Piala Malaysia yang lalu.
Failee dan Rafiuddin sah beraksi untuk skuad Yob untuk tahun hadapan
No comments:
Post a Comment