Mampukah Terengganu merealisasikan ramalan memenangi Piala Malaysia kali ini ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga selepas edisi 1948 dan 2009.
Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan Bakti. Kebanyakan peminat bola sepak Malaysia meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam akan menjadi saksi kepada kehebatan dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
Status pasukan pilihan yang diberikan kepada skuad Terengganu. Ini pastinya akan membakar semangat buat semua pemain Terengganu yang telah bekerja keras sepanjang musim ini. Para pemain telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
Pemainnya Terengganu juga dikhabarkan telah bersedia untuk beraksi sehingga ke masa tambahan. Malah, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
Jika perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, jurulatih Terengganu berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya. Pasukan Terengganu cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
Negeri Sembilan pula pastinya akan mengharapkan sentuhan ajaib Hairuddin Omar sekali lagi. Beraksi buat kali keempat pada pentas akhir Piala Malaysia, Hairuddin Omar pastinya mahu menggunakan semua pengalaman yang dimilikinya apabila berdepan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu di Stadium Shah Alam.
Hairuddin, juga dikenali Hai-O menjaringkan gol pada perlawanan akhir edisi 2009 dan 2010, masing-masing ketika mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan. Dia juga beraksi pada final 2001 mewakili Terengganu di mana pasukannya muncul juara.
Ini bermakna pasukan yang diwakilinya belum pernah kecewa pada final Piala Malaysia. Tuah ini diharapkan akan berlaku sekali lagi pada final kali ini.
Kemunculan pertama Hairuddin Omar pada pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2001 dan membantu Terengganu muncul juara mengalahkan Perak 2-1. Pada 2009, dia membantu Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Kelantan, dengan turut menjaringkan satu gol. Tuah terus memihak kepada Hairuddin pada 2010 apabila sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring, ketika Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment