Click Here...

Sunday, 30 October 2011

Everton Mangsa Kebangkitan Red Devils


Pemain Red Devils meraikan jaringan pertama Hernandez

Manchester United membenam Everton 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Goodison Park semalam. Kemenangan tersebut meletakkan United kekal lima mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City dengan mengumpul 23 mata.

Javier Hernandez menjadi hero United dan telah memberikan kemenangan pertama mereka di Goodison Park sejak September 2007. Jaringan tersebut hadir apabila Hernandez menyudahkan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra pada minit ke-19.

Everton hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-20 apabila rembatan Leighton Baines terkena palang gol selepas berjaya menewaskan penjaga gol United, David De Gea.



Robin van Persie menjadi wira The Gunners dengan menjaringkan hatrik


Sementara itu, kapten, Robin van Persie menjadi pemusnah kepada Chelsea apabila meledakkan hatrik dalam pertembungan di Stamford Bridge yang berkesudahan Arsenal menang 5-3.

Chelsea mendahului pada minit ke-14 melalui Frank Lampard sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

John Terry meletakkan Chelsea di hadapan semula apabila menjaringkan gol pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Arsenal bangkit menyamakan jaringan melalui Andre Santos pada awal separuh masa kedua sebelum Theo Walcott meletakkan kedudukan 3-2 melalui larian mengelirukan sebelum menjaringkan gol pada minit ke-55.

Juan Mata menyamakan kedudukan 3-3 melalui sepakan menarik pada minit ke-80. Van Persie kembali meletakkan Arsenal di depan apabila mengambil kesempatan akan kelekaan benteng pertahanan Chelsea untuk meledak gol keempat The Guners lima minit kemudian sebelum dia melengkapkan hatrik pada minit akhir perlawanan. 

Keputusan lain

Manchester City 3-1 Wolves
Manchester City : Edin Dzeko, Aleksandar Kolarov, Adam Johnson
Wolves : Stephen Hunt 

Sunderland 2-2 Aston Villa 
Sunderland : Wickham, Sessegnon
Aston Villa : Petrov, Dunne 

Norwich City 3-3 Blackburn Rovers 
Norwich City : Morison, Johnson, Holt  
Blackburn Rovers : Hoilett, Yakubu, Samba 

Swansea City 3-1 Bolton Wanderers 
Swansea City : Allen, Sinclair, Graham 
Bolton Wanderers : Graham (o.g)

Wigan Athletic 0-2 Fulham 
Wigan Athletic :
Fulham : Dempsey, Dembele 

West Bromwich Albion 0-2 Liverpool 
West Bromwich Albion :
Liverpool : Adam, Carroll  








No comments:

Post a Comment