Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia hasil kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kejayaan ini adalah yang ketiga buat Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.
Skuad Terengganu itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia. Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA.
Jurulatih yang menjulang Negeri Sembilan musim ini
Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol melalui pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin selepas berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias pada minit ke-59.
Selepas jaringan tersebut, Negeri Sembilan menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan. Pada minit ke-81 melalui pemain sayap lincah, S. Kunanlan. Gol Negeri Sembilan penyamaan terhasil apabila selepas rembatan S. Kunalan dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.
Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol keramat berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang Shukor Adan.Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.
Pada 2009, Hairuddin berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.
Musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.
No comments:
Post a Comment