Aksi Shafiq Rahim ketika menentang Liverpool pada 16 Julai 2011 yang lalu
Kini tiba pula giliran kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim untuk mencuba nasib untuk memikat pengendali The Bluebirds, Malky Mackay. Selepas gagal membantu Selangor mara ke final Piala Malaysia, penyokong fanatik bola sepak kebangsaan kini sudah mula tertanya-tanya bilakah kapten negara ini akan berlepas ke bumi England.
Persoalannya, bila Safiq akan ke Cardiff? Mungkinkah Safiq enggan menjalani ujian pemilihan tersebut kerana masalah permit kerja seperti dialami oleh seorang lagi pemain negara, Safee Sali.
Kredibiliti Safiq selaku antara permata pasukan kebangsaan bermula sejak beberapa tahun lalu lantaran kematangannya menguasai jentera tengah baik ketika bersama Selangor mahupun Malaysia.
Kepakarannya mengambil sepakan percuma memang tidak dapat dinafikan dan antara jaringannya yang masih diingati peminat negara termasuklah ketika menentang Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Julai lalu.
No comments:
Post a Comment