Pertembungan dua pasukan terhebat, Terengganu dan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini akan menjadi penutup kepada kalender bola sepak Malaysia bagi musim 2011.
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang apabila kedua-dua pasukan mencatatkan satu kemenangan, satu tewas dan dua kali seri musim ini.
Antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu, siapakah lebih berhak?
Adakah pada aksi final malam ini pasukan Negeri Sembilan mampu membawa pulang semula Piala Malaysia ke Seremban selepas dikecewakan Kelantan musim lalu.
Pasukan Terengganu pula pastinya telah bersedia daripada aspek mental dan fizikal bagi mengharungi aksi malam ini. Kombinasi pemusnah trio tiga serangkai, Abdul Hadi, Abdul Manaf dan Ashaari pastinya akan menjadi duri dalam daging kepada pasukan Negeri Sembilan. Nor Hafiz dan Aidil pastinya perlu bekerja keras untuk mengekang trio tiga serangkai ini.
Sama-samalah kita nantikan sepak mula jam 8.45 malam ini bagi menentukan siapakah gergasi bola sepak tahun ini.
Keputusan Piala Malaysia 2011
Separuh Akhir Pertama (18hb Oktober 2011)
N. Sembilan – 4 (Shahruain Abu Samah, Hairuddin Omar (2), S. Kunalan)
T-Team – 2 (Indera Putra, Nor Farhan)
Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat)
Selangor – 0
Separuh Akhir Kedua (22hb Oktober 2011)
N. Sembilan – 2 (Shahurain Abu Samah, Shukor Adan)
T-Team – 1 (Mohd Fitri Omar )
Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin)
Selangor – 1 (Safiq Rahim)
N. Sembilan – 4 (Shahruain Abu Samah, Hairuddin Omar (2), S. Kunalan)
T-Team – 2 (Indera Putra, Nor Farhan)
Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat)
Selangor – 0
Separuh Akhir Kedua (22hb Oktober 2011)
N. Sembilan – 2 (Shahurain Abu Samah, Shukor Adan)
T-Team – 1 (Mohd Fitri Omar )
Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin)
Selangor – 1 (Safiq Rahim)
No comments:
Post a Comment