Click Here...

Tuesday, 1 November 2011

Kepakaran Irfan Bakti Ditagih Red Giants..

 
Irfan Bakti berjaya mengubah pasukan Terengganu sebagai pasukan yang disegani di Malaysia

Masa depan Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu akhirnya terjawab. Irfan Bakti mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama skuad Penyu lagi pada musim hadapan.

Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepadanya. Keputusan tersebut dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Keputusan itu sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh Irfan Bakti selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu. Di bawah bimbingan Irfan Bakti, Terengganu berjaya membentuk pasukan yang cukup mantap.

Bekas pengendali skuad Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Telekom Melaka itu masih belum bersedia untuk mendedahkan pasukan yang bakal disertainya pada musim depan. Namun spekulasi kuat menyatakan beliau akan berhijrah ke Selangor musim hadapan.

Untuk rekod, Irfan berjaya membantu skuad Penyu itu muncul juara Piala FA. Selain itu, beliau turut bertanggungjawab membantu Terengganu menjadi Naib Juara dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment