Kehadiran Popovic dan Kubala diharapkan dapat memantapkan skuad Seladang musim hadapan
Juara Piala FA 2004, Perak bakal menerima uijian pertama apabila menerima undian sukar berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seawal pusingan pertama pada 18 Februari depan.
Jika berjaya melepasi cabaran ATM, Skuad Seladang masih belum boleh menarik nafas lega, lantaran juara Piala FA musim, Terengganu dijangka menunggu mereka di pusingan kedua memandangkan Sang Penyu dilihat tidak berdepan masalah memadam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pusingan pertama.
Dugaan Perak juga tidak berhenti di situ kerana pasukan negara jiran, Lion XII FC berpeluang cerah menanti mereka di suku akhir apabila sekadar diundi menentang UiTM FC pada pusingan pertama, selain diramal tidak berdepan masalah membenam pemenang antara Betaria FC dan Melaka pada pusingan kedua.
Marlon merupakan bekas pemain import pasukan Kedah dan kini bersama pasukan ATM
Keupayaan Bruno Martelotto menjana bahagian tengah pernah membawa MPPJ menjuarai Piala Malaysia
Pasukan ATM kini memiliki nama-nama besar termasuk Hairuddin Omar (Hai-O), Marlon Alex James, Irwan Fadhli Idrus dan dua tonggak kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak dijangka akan menjadi ancaman kepada pasukan Perak pada pusingan pertama.
Pusingan kedua Piala FA 2012 bakal dilangsungkan pada 10 Mac tahun depan, manakala aksi suku akhir bakal diadakan pada 24 dan 27 Mac.
Saingan separuh akhir pula akan dilangsungkan pada 21 April dan 1 Mei depan, manakala aksi final bakal berlangsung pada 19 Mei.