Mohammed Ghaddar bakal memperkuatkan barisan TRW bagi musim 2012
Kelantan akan menutup tirai persiapan pra-musim mereka dengan bertemu Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Peter Butler dijangka menurunkan penyerang antarabangsa Lebanon, Mohammed Ghaddar Mahmoud buat pertama kali setelah pemain tersebut melaporkan diri menyertai skuad The Red Warrior dua hari lalu.
Indra, Norfarhan dan Azizi turut kembali memperkuatkan TRW musim 2012
Selain itu, Butler juga bakal menyenaraikan kembali tiga bekas pemain T-Team musim ini iaitu Indra Putra Mahayuddin (bekas pemain pasukan Perak), Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose untuk digandingkan dengan Muhd Badri Radzi dan Mohd Shakir Shaari untuk pertembungan dengan pasukan Perak malam ini.
Dalam empat perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini, Kelantan mengalahkan skuad kebangsaan Maldives 2-1, kelab Balistier Khalsa FC (Singapura) 3-0 dan ATM 4-2, bagaimanapun tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan persahabatan kelmarin.
Live Streming Kelantan vs Perak
No comments:
Post a Comment