Click Here...

Wednesday, 14 December 2011

ATM Ancaman Awal Perak..

Kehadiran Popovic dan Kubala diharapkan dapat memantapkan skuad Seladang musim hadapan

Juara Piala FA 2004, Perak  bakal menerima uijian pertama apabila menerima undian sukar berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seawal pusingan pertama pada 18 Februari depan.

Jika berjaya melepasi cabaran ATM, Skuad Seladang masih belum boleh menarik nafas lega, lantaran juara Piala FA musim, Terengganu dijangka menunggu mereka di pusingan kedua memandangkan Sang Penyu dilihat tidak berdepan masalah memadam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pusingan pertama.

Dugaan Perak juga tidak berhenti di situ kerana pasukan negara jiran, Lion XII FC berpeluang cerah menanti mereka di suku akhir apabila sekadar diundi menentang UiTM FC pada pusingan pertama, selain diramal tidak berdepan masalah membenam pemenang antara Betaria FC dan Melaka pada pusingan kedua.

Marlon merupakan bekas pemain import pasukan Kedah dan kini bersama pasukan ATM

Keupayaan Bruno Martelotto menjana bahagian tengah pernah membawa MPPJ menjuarai Piala Malaysia

Pasukan ATM kini memiliki nama-nama besar termasuk Hairuddin Omar (Hai-O), Marlon Alex James, Irwan Fadhli Idrus dan dua tonggak kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak dijangka akan menjadi ancaman kepada pasukan Perak pada pusingan pertama.

Pusingan kedua Piala FA 2012 bakal dilangsungkan pada 10 Mac tahun depan, manakala aksi suku akhir bakal diadakan pada 24 dan 27 Mac.

Saingan separuh akhir pula akan dilangsungkan pada 21 April dan 1 Mei depan, manakala aksi final bakal berlangsung pada 19 Mei.



Yob Hadapi Laluan Berliku Bagi Piala FA..


Thursday, 8 December 2011

Serbia, Slovakia Pilihan Yob...


Nama : Lazar Popovic
Asal : Serbia
Umur : 28 Tahun
Tarikh Lahir : 10hb Januari 1983 
Tempat Lahir : Belgrade, Serbia
Kelab : FK Zeljeznicar (2009-2011)
Posisi : Penyerang Tengah
Tinggi : 1.92 meter
Berat : 85 kg

Pemain dari Serbia dan Slovakia akhirnya menjadi pilihan Jurulatih Perak, Norizan Bakar bagi mengharungi siangan Liga Malaysia (Liga-M) 2012. Kedua-dua pemain import tersebut telah mengikat kontrak selama semusim dengan skuad Perak semalam.

Dua pemain berkenaan adalah Lazar Popovic, 28, dari Serbia kali terakhir beraksi untuk kelab FK Zeljeznicar dalam Liga Premier Bosnia serta Michal Kubala, 31, dari Slovakia dan kali terakhir bermain untuk kelab FC Astra Ploiesti dalam Liga Romania.


Nama : Michal Kubala
Asal : Slovakia
Umur : 31 Tahun
Tarikh Lahir : 12hb Jun 1980 
Tempat Lahir : Levice, Slovakia
Kelab : Astra Ploeisti (2011)
Posisi : Tengah
Tinggi : 1.84 meter
Berat : 82 kg

Pemilihan pemain import ini telah menjawab teka-teki di kalangan peminat skuad Yob berhubung pemain import yang bakal mewakili Perak pada musim 2012.

Sementara itu, PAFA akan mengadakan satu sesi pengenalan pemain serta pengurusan pasukan dalam masa terdekat. Pada sesi berkenaan, PAFA akan memperkenalkan kedua-dua pemain import mereka, penaja serta kad bermusim.


Wednesday, 7 December 2011

Razali Pilih Sime Darby FC

Razali penyerang berbakat yang pernah dilahirkan oleh skuad Perak

Bekas penyerang kontroversi Perak, Razali Umar Kandasami sah menjadi milik Sime Darby FC musim depan selepas bersetuju menyarung jersi skuad itu.

Penyerang tinggi lampai itu kerap mencetuskan kontroversi ketika bersama negeri kelahirannya mula menjalani latihan sejak awal November.

Selain Razali, bekas penyerang Selangor PKNS, Zamri Hassan dan Mohd Irmie Mat serta bekas pemain T-Team, Rosli Muda yang bertindak di bahagian tengah dan Mohd Sazlan Alias (pertahanan) akan memperkuatkan Sime Darby.

Sime Darby FC turut mengikat penyerang Perlis, Mohd Fazli Baharom, Mohd Ariff Ismail (Perak), Mohd Saufiq (Johor) dan dua pemain import dari Liberia, Patrick dan Ronaldinho Wleh.

Thursday, 1 December 2011

Kijang vs Seladang..

Mohammed Ghaddar bakal memperkuatkan barisan TRW bagi musim 2012
 
Kelantan akan menutup tirai persiapan pra-musim mereka dengan bertemu Perak di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Peter Butler dijangka menurunkan penyerang antarabangsa Lebanon, Mohammed Ghaddar Mahmoud buat pertama kali setelah pemain tersebut melaporkan diri menyertai skuad The Red Warrior dua hari lalu.

Indra, Norfarhan dan Azizi turut kembali memperkuatkan TRW musim 2012

Selain itu, Butler juga bakal menye­naraikan kembali tiga bekas pemain T-Team musim ini iaitu Indra Putra Mahayuddin (bekas pemain pasukan Perak), Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose untuk digandingkan dengan Muhd Badri Radzi dan Mohd Shakir Shaari untuk pertembungan dengan pasukan Perak malam ini.

Dalam empat perlawanan persahabatan yang dilalui sebelum ini, Kelantan mengalahkan skuad kebangsaan Maldives 2-1, kelab Balistier Khalsa FC (Singapura) 3-0 dan ATM 4-2, bagaimanapun tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

Live Streming Kelantan vs Perak

Mat Yo Paling Bernilai...

Norshahrul (Mat Yo) Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik 2011

Norshahrul Idlan Talaha telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011. Penyerang Kelantan itu menerima pengiktirafan tersebut pada majlis tahunan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena-FAM 2011 semalam. Ia merupakan pengiktirafan tertinggi buat pemain bola sepak tempatan.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Norshahrul menjulang anugerah tersebut selepas kali pertama menggenggamnya tahun lalu.

Norshahrul menewaskan rakan sepasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain Selangor, Safiq Rahim yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah berprestij itu yang mengambil nama legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Musim lalu, anugerah itu dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai sebelum ditukar kepada Anugerah MPV Supermokh tahun ini.

Selain menerima anugerah tertinggi itu, Norshahrul turut terpilih untuk menerima anugerah Penyerang Terbaik Liga Malaysia sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 serta trofi.

Irfan Bakti Jurulatih Terbaik 2011

Sementara itu, jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti merangkul Anugerah Jurulatih Terbaik selepas berjaya membimbing Terengganu menjuarai Piala FA serta naib juara Piala Malaysia dan Liga Super untuk mengecewakan Norizan Bakar (Perak) dan Datuk M. Karathu (Kelantan).

Kairul Fahmi (Apek) Pengaja Gol Terbaik 2011

Khairul Fahmi atau Apek tetap tidak pulang dengan tangan kosong selepas menewaskan Farizal Marlias dan Sharbinee Allawee bagi Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Safiq Rahim Merangkul Anugerah Pemain Tengah Terbaik 2011

Norhafiz Pertahanan Terbaik 2011 

Safiq Rahim pula menepati ramalan apabila muncul pemenang Pemain Tengah Terbaik, sementara Norhafiz Zamani Misbah merangkul Pertahanan Terbaik walaupun tidak banyak beraksi pada musim lalu kerana kecederaan.

Wan Zack Haikal Pemain Harapan Terbaik 2011

Bagi lain-lain anugerah, Pemain Harapan Terbaik dirangkul pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor, Persatuan Bola Sepak Selangor dianugerahkan Persatuan Bola Sepak Terbaik manakala PKNS dinobat Kelab Bola Sepak Terbaik.

Persatuan Bola Sepak Selangor Memenangi Anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik 2011

PKNS Memenangi Anugerah Kelab Bola Sepak Terbaik 2011

Wednesday, 30 November 2011

Bintang Jang Berhijrah...

Aidil dan Zaquan pemain yang berbakat besar  

Beberapa pemain utama Negeri Sembilan bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan. Pemain terlibat termasuklah pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan Radzak dan Mohd Zaquan Adha yang bakal menamatkan kontrak selama tiga tahun dengan PBNS pada 30 November ini.

Beberapa pemain muda berbakat besar juga bakal tamat kontrak, dijangka turut meninggalkan skuad Rusa dan menyertai pasukan yang menawarkan bayaran lebih lumayan kepada mereka.

PBNS tidak mampu menahan mana-mana pemain untuk berhijrah ke pasukan lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan. Pasangan kembar dari Negeri Sembilan ini pastinya ditawarkan dengan gaji yang lebih lumayan oleh pasukan baru yang akan disertai oleh mereka. Pasangan kembar ini dikatakan akan berhijrah ke ATM yang diterajui oleh bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan.

Ketajaman penyudahan Hai-O pastinya akan mendatangkan gerun pasukan lawan

Antara nama lain yang dikaitkan bakal berpindah termasuk penyerang sensasi mereka, Hairuddin Omar. Penyerang dikenali dengan Hai-O itu juga dikhabarkan akan menyertai pasukan Angakatan Tentera Malaysia (ATM). 

Turut dikaitkan menyertai ATM ialah penjaga gol, Mohd Farizal Harun dan pertahanan, Irwan Fadzli Idrus.

Tuesday, 8 November 2011

Kelantan Umum Skuad Musim 2012

Denny Antwi antara pemain import yang akan beraksi bersama skuad The Red Worriors musim 2012

Skuad Kelantan telah mengumumkan skuadnya bagi musim 2012. Seramai 28 pemain yang akan bersama TRW pada musim 2012. Pemain import iaitu dari Ghana dan Lebanon juga akan memperkuatkan pasukan Kelantan bagi musim hadapan. 

1 : Shahrizan Ismail
2 : Azizi Matt Rose
3 : S.Subramaniam
4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
5 : Nik Shahrul Azim
6 : Farisham Ismail
7 : Ramzul Zahini Adenan
8 : Shakir Shaari
9 : Shahrul Idlan Talaha
10 : Norfarhan Muhammad
11 : Aziz Ismail
12 : Nurul Azwan Roya
13 : Indraputra Mahyuddin
14 : Zamri Ramli
15 : Daudsu
16 : Badhri Radzi
17 : Rizal Fahmi
18 : Denny Antwi ( Ghana )
19 : Khairul Fahmi Che Mat
20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
21 : Reserve
22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
23 : S.Chanturu
24 : Zairol Fitree Ishak
25 : Azlan Ismail
26 : Izuan Solahuddin
27 : Khairul Izuan Rosli
28 : Aris Zaidi


Friday, 4 November 2011

Indra, Farhan dan Azizi Mat Rose ke The Red Warriors?

Sireh pulang ke gagang. Indra Putra dan Nor Farhan pernah membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010

Adakah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose akan kembali kepangkuan skuad The Red Warriors pada musim hadapan. Segalanya akan terjawab Selasa ini.

Ketiga-tiga pemain terbabit merupakan tunggak utama The Red Warriors ketika merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 2010. Turut dikaitkan untuk beraksi dengan Kelantan pada musim depan ialah sayap kanan Selangor, Amirulhadi Zainal.

Selasa ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan senarai penuh pemain termasuklah pemain import tempatan yang akan mewakili The Red Worriors bagi musim hadapan.





Thursday, 3 November 2011

Tiga Tonggak Tinggalkan T-Team...


Indra Putra dikhabarkan akan bersama skuad B. Sathianathan untuk musim 2012

T-Team menerima perkhabaran buruk bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan apabila tiga tonggak utamanya disahkan meninggalkan kelab itu. Tiga pemain tersebut ialah Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Haris Safwan Kamal.

Ketiga-tiga pemain terbabit telah bertemu dengan pihak pengurusan dan meminta untuk dilepaskan untuk saingan musim depan. Indra dan Norfarhan dikaitkan dengan penghijrahan ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah kendalian B. Sathianathan.

Haris pula dikatakan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan lain termasuk Sabah.

Mereka adalah tonggak utama T-Team sepanjang musim ini. Namun pihak pengurusan tetap menghormati keputusan mereka yang ingin dilepaskan.

Yunus Alif terus diberi kepercayaan untuk terus membimbing T-Team bagi saingan musim depan.

T-Team juga telah membuat keputusan untuk menggugurkan enam pemain termasuk pertahanan berpengalaman, Subri Sulong. Lima lagi pemain lain adalah Kamal Rodiarjat Mohd. Ali, Amzar Junaidi Abdul Jalil, Rosli Muda, Ismail Abdul Rahman dan Sazlan Alias.

Kedudukan Fitri Omar juga belum dapat dipastikan. Fitri merupakan pemain yang dipinjamkan dari kelab MP Muar bagi menghadapi kempen Piala Malaysia baru-baru ini.

Wednesday, 2 November 2011

Perak Uji Awang Import...

'Repasi Mania' pernah melanda Perak suatu ketika dahulu 

Sepuluh pemain dari luar negara dikatakan akan mencuba nasib dalam sesi pemilihan pemain import Perak untuk Liga Super tahun depan. Sesi pemilihan tersebut di Ipoh mulai 21 hingga 30 November akan datang. Pasukan Perak akan cuba menyelesaikan  urusan pemain import selewat-lewatnya akhir bulan November ini.

Pemain-pemain tersebut dari benua Afrika, Brazil, Australia, Lebanon dan beberapa buah negara lain. Mereka adalah pemain bagi posisi tengah dan penyerang.

Sepuluh pemain berkenaan tidak pernah beraksi dengan mana-mana pasukan di negara ini pada masa lalu. Ianya sekaligus melenyapkan desas-desus yang menyatakan bahawa Perak berminat untuk mengambil semula bekas pemain importnya, Keita Mandjou.

Keita Mandjou pernah memenangi kasut emas bersama pasukan Perak

Difahamkan, sepuluh pemain import yang mencuba nasib bersama pasukan Perak ini sedang beraksi dengan beberapa buah kelab ternama di luar negara. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga Perak akan menguji lebih dari sepuluh pemain import bagi disenaraikan dalam Liga Super akan datang.

Perak akan memulakan latihan pusat yang dikendalikan oleh jurulatihnya, Norizan Bakar mulai 14 November akan datang.

Hai-O Dirisik...


Sebuah pasukan Liga-M dikatakan telah merisik Hairuddin Omar untuk musim depan.  Hairuddin mengesahkan mengenai tawaran tersebut tetapi ianya masih dalam proses perbincangan. 

Namun, Hairuddin belum membuat sebarang keputusan mengenai pasukan akan disertainya. Kontraknya bersama PBNS akan berakhir hujung bulan ini.



Tuesday, 1 November 2011

Shahrom, Fahrul Razi Mantapkan Skuad Yob..


Dua pemain Kuala Lumpur telah diambil bagi memantapkan skuad Seladang dalam Liga Super musim hadapan. Ketua pasukan Kuala Lumpur, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan pemain sayap, Fahrul Razi Kamaruddin telah menjadi milik Perak.

Shahrom yang bermain di posisi pertahanan mempunyai 1 cap antarabangsa bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Hong Kong, Jun lalu.

Fahrul Razi pula telah mewakili Malaysia di Kejohanan Universiade di Shenzen, China baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Perak akan menggugurkan sembilan pemain musim lalu bagi memberi laluan kepada pemain baru dalam persiapan menghadapi Liga Super musim akan datang.

Antara mereka yang digugurkan ialah Azmeer Yusof, Syahman Zainuddin, Arif Ismail, Nurul Nasriq, Nasir Basharudin, Harizul Izuan Abdul Rani dan Shahrul Hafiz Shafei, Khairul Izzat Jamaluddin, dan Khalis Ibrahim.

Sementara itu, difahamkan sepuluh pemain dari Afrika, Brazil, Australia dan Lebanon akan menjalani ujian pemilihan pemain import Perak di Ipoh pada 21 hingga 30 November akan datang.

Kepakaran Irfan Bakti Ditagih Red Giants..

 
Irfan Bakti berjaya mengubah pasukan Terengganu sebagai pasukan yang disegani di Malaysia

Masa depan Irfan Bakti bersama pasukan Terengganu akhirnya terjawab. Irfan Bakti mengesahkan bahawa beliau tidak akan bersama skuad Penyu lagi pada musim hadapan.

Irfan mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang ditawarkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kepadanya. Keputusan tersebut dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Keputusan itu sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh Irfan Bakti selepas melihat kebangkitan yang dipamerkan Terengganu sepanjang musim lalu. Di bawah bimbingan Irfan Bakti, Terengganu berjaya membentuk pasukan yang cukup mantap.

Bekas pengendali skuad Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Telekom Melaka itu masih belum bersedia untuk mendedahkan pasukan yang bakal disertainya pada musim depan. Namun spekulasi kuat menyatakan beliau akan berhijrah ke Selangor musim hadapan.

Untuk rekod, Irfan berjaya membantu skuad Penyu itu muncul juara Piala FA. Selain itu, beliau turut bertanggungjawab membantu Terengganu menjadi Naib Juara dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Mat Zan Mat Aris Jurulatih Baru Terengganu Musim 2012..

Mat Zan pernah membawa Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001

Jurulatih Pos Malaysia FC, Mat Zan Mat Aris kembali melatih skuad Pantai Timur itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memilih Mat Zan berdasarkan pengalamannya membimbing pasukan Terengganu termasuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001.

Mat Zan Mat Aris akan menggantikan Irfan Bakti yang meninggalkan Terengganu selepas enggan menyambung kontrak dengan Terengganu untuk musim hadapan.

Irfan dikatakan telah menerima tawaran untuk melatih Selangor bagi merialisasikan Misi 33.

Mat Zan akan datang ke Terengganu untuk berbincang lanjut mengenai tawaran kontrak ini dalam masa yang terdekat.

Untuk rekod, selain Terengganu, Mat Zan, 53, juga pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan Pos Malaysia.

Sunday, 30 October 2011

Everton Mangsa Kebangkitan Red Devils


Pemain Red Devils meraikan jaringan pertama Hernandez

Manchester United membenam Everton 1-0 pada aksi Liga Perdana England di Goodison Park semalam. Kemenangan tersebut meletakkan United kekal lima mata di belakang pendahulu liga iaitu Manchester City dengan mengumpul 23 mata.

Javier Hernandez menjadi hero United dan telah memberikan kemenangan pertama mereka di Goodison Park sejak September 2007. Jaringan tersebut hadir apabila Hernandez menyudahkan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra pada minit ke-19.

Everton hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-20 apabila rembatan Leighton Baines terkena palang gol selepas berjaya menewaskan penjaga gol United, David De Gea.



Robin van Persie menjadi wira The Gunners dengan menjaringkan hatrik


Sementara itu, kapten, Robin van Persie menjadi pemusnah kepada Chelsea apabila meledakkan hatrik dalam pertembungan di Stamford Bridge yang berkesudahan Arsenal menang 5-3.

Chelsea mendahului pada minit ke-14 melalui Frank Lampard sebelum van Persie menyamakan kedudukan pada minit ke-36.

John Terry meletakkan Chelsea di hadapan semula apabila menjaringkan gol pada minit-minit terakhir separuh masa pertama.

Arsenal bangkit menyamakan jaringan melalui Andre Santos pada awal separuh masa kedua sebelum Theo Walcott meletakkan kedudukan 3-2 melalui larian mengelirukan sebelum menjaringkan gol pada minit ke-55.

Juan Mata menyamakan kedudukan 3-3 melalui sepakan menarik pada minit ke-80. Van Persie kembali meletakkan Arsenal di depan apabila mengambil kesempatan akan kelekaan benteng pertahanan Chelsea untuk meledak gol keempat The Guners lima minit kemudian sebelum dia melengkapkan hatrik pada minit akhir perlawanan. 

Keputusan lain

Manchester City 3-1 Wolves
Manchester City : Edin Dzeko, Aleksandar Kolarov, Adam Johnson
Wolves : Stephen Hunt 

Sunderland 2-2 Aston Villa 
Sunderland : Wickham, Sessegnon
Aston Villa : Petrov, Dunne 

Norwich City 3-3 Blackburn Rovers 
Norwich City : Morison, Johnson, Holt  
Blackburn Rovers : Hoilett, Yakubu, Samba 

Swansea City 3-1 Bolton Wanderers 
Swansea City : Allen, Sinclair, Graham 
Bolton Wanderers : Graham (o.g)

Wigan Athletic 0-2 Fulham 
Wigan Athletic :
Fulham : Dempsey, Dembele 

West Bromwich Albion 0-2 Liverpool 
West Bromwich Albion :
Liverpool : Adam, Carroll  








Jang Gembira, Penyu Merana..


Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia hasil kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kejayaan ini adalah yang ketiga buat Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.

Skuad Terengganu itu gagal mengulangi pencapaian sedekad yang lalu dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia. Kekalahan itu juga sekali gus menyebabkan Terengganu gagal dalam misi merangkul gelaran berganda musim ini selepas mereka muncul juara Piala FA.

Jurulatih yang menjulang Negeri Sembilan musim ini

Pada aksi malam tadi, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung. Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol melalui pemain sayap, Mohd. Ashaari Samsudin selepas berjaya menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias pada minit ke-59.

Selepas jaringan tersebut, Negeri Sembilan menguasai perlawanan bagi memburu gol penyamaan. Pada minit ke-81 melalui pemain sayap lincah, S. Kunanlan. Gol Negeri Sembilan penyamaan terhasil apabila selepas rembatan S. Kunalan dari sebelah kanan pintu gol Terengganu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol, Mohd. Sharbinee Alllawee.

Hairuddin mengesahkan kemenangan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol keramat berselang lima minit kemudian selepas menyudahkan hantaran lintang Shukor Adan.Ia dianggap detik cukup istimewa bagi Hairuddin, 32, kerana dia turut menjaringkan gol dalam dua edisi final sebelum ini.

Pada 2009, Hairuddin berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.

Musim lalu pula, Hairuddin menjadi watak pemusnah bagi Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.

Saturday, 29 October 2011

Everton vs Manchester United




Everton vs Manchester United

Adakah perjalanan ke Goodison malam ini memberi peluang Manchester United untuk kembali di landasan yang betul.

Pasukan David Moyes telah tewas kepada Chelsea dalam Piala Carling pada hari Rabu selepas masa tambahan. Everton juga telah tewas empat daripada lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Diharapkan kemenangan 3-0 Manchester United di Aldershot dalam Piala Carling dapat melupakan kekalahan besar kepada City minggu lepas. Tom Cleverley dan Nemanja Vidic membuktikan keupayaan mereka pada perlawanan dengan Aldershot. Dimitar Berbatov dan Michael Owen juga turut menyerlah pada perlawanan tersebut.

Rooney antara pemain utama Manchester United

Peningkatan prestasi pemain-pemain ini pastinya akan memberikan persaingan positif dalam mendapatkan tempat bagi kesebelasan utama pasukan Manchester United selepas ini. Persoalannya siapakah yang akan menjadi pilihan Sir Alex untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama menetang Everton di Goodosn Park malam ini. 

Untuk rekod, United gagal mencatat kemenangan dalam tiga kunjungan terakhir mereka di tempat lawan, melepaskan dua gol ketika kalah 1-3 pada Februari 2010 dan dua lagi seri 3-3 musim lalu.




Piala Malaysia 2011 Milik Siapa?


Pertembungan dua pasukan terhebat, Terengganu dan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini akan menjadi penutup kepada kalender bola sepak Malaysia bagi musim 2011.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan kelihatan seimbang apabila kedua-dua pasukan mencatatkan satu kemenangan, satu tewas dan dua kali seri musim ini.

Antara pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu, siapakah lebih berhak?

Adakah pada aksi final malam ini pasukan Negeri Sembilan mampu membawa pulang semula Piala Malaysia ke Seremban selepas dikecewakan Kelantan musim lalu.

Pasukan Terengganu pula pastinya telah bersedia daripada aspek mental dan fizikal bagi mengharungi aksi malam ini. Kombinasi pemusnah trio tiga serangkai, Abdul Hadi, Abdul Manaf dan Ashaari pastinya akan menjadi duri dalam daging kepada pasukan Negeri Sembilan. Nor Hafiz dan Aidil pastinya perlu bekerja keras untuk mengekang trio tiga serangkai ini. 

Sama-samalah kita nantikan sepak mula jam 8.45 malam ini bagi menentukan siapakah gergasi bola sepak tahun ini.


Keputusan Piala Malaysia 2011 

Separuh Akhir Pertama (18hb Oktober 2011)

N. Sembilan – 4 (Shahruain Abu Samah, Hairuddin Omar (2), S. Kunalan)
T-Team – 2 (Indera Putra, Nor Farhan)

Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat)
Selangor – 0

Separuh Akhir Kedua (22hb Oktober 2011)

N. Sembilan – 2 (Shahurain Abu Samah, Shukor Adan)
T-Team – 1 (Mohd Fitri Omar )

Terengganu – 2 (Abdul Manaf Mamat, Ashari Samsudin)
Selangor – 1 (Safiq Rahim)

Friday, 28 October 2011

Preview Final Piala Malaysia


Mampukah Terengganu merealisasikan ramalan memenangi Piala Malaysia kali ini ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga selepas edisi 1948 dan 2009.

Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan Bakti. Kebanyakan peminat bola sepak Malaysia meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.

Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam akan menjadi saksi kepada kehebatan dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.

Status pasukan pilihan yang diberikan kepada skuad Terengganu. Ini pastinya akan membakar semangat buat semua pemain Terengganu yang telah bekerja keras sepanjang musim ini. Para pemain telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.

Pemainnya Terengganu juga dikhabarkan telah bersedia untuk beraksi sehingga ke masa tambahan. Malah, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.

Jika perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, jurulatih Terengganu berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya. Pasukan Terengganu cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.

Negeri Sembilan pula pastinya akan mengharapkan sentuhan ajaib Hairuddin Omar sekali lagi. Beraksi buat kali keempat pada pentas akhir Piala Malaysia, Hairuddin Omar pastinya mahu menggunakan semua pengalaman yang dimilikinya apabila berdepan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu di Stadium Shah Alam.

Hairuddin, juga dikenali Hai-O menjaringkan gol pada perlawanan akhir edisi 2009 dan 2010, masing-masing ketika mewakili Negeri Sembilan dan Kelantan. Dia juga beraksi pada final 2001 mewakili Terengganu di mana pasukannya muncul juara.

Ini bermakna pasukan yang diwakilinya belum pernah kecewa pada final Piala Malaysia. Tuah ini diharapkan akan berlaku sekali lagi pada final kali ini.

Kemunculan pertama Hairuddin Omar pada pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2001 dan membantu Terengganu muncul juara mengalahkan Perak 2-1. Pada 2009, dia membantu Negeri Sembilan menang 3-1 ke atas Kelantan, dengan turut menjaringkan satu gol. Tuah terus memihak kepada Hairuddin pada 2010 apabila sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring, ketika Kelantan menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan.


Sokong PAFA dapatkan Syafiq Rahim


Hasrat pihak pengurusan skuad Yob mendapatkan pemain berkualiti dari negeri lain dalam persiapan menghadapi kempen Liga Super tahun depan telah mendapat sokongan daripada Kelab Peminat Bolasepak Perak (KPBP).

Usaha Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk mendapatkan pemain tengah Selangor, Mohd Syafiq Rahim amat dialu-alukan. Biarlah pembelian yang akan dilakukan oleh PAFA akan memberi kesan yang positif kepada skuad Yob dalam saingan Liga Super tahun depan.

Pengurus Pasukan Perak telah memberikan tawaran kepada Syafiq untuk menyertai skuad Yob. Namun begitu, Syafiq belum memberi sebarang jawapan mengenai tawaran tersebut.

Syafiq mengakui beliau sudah menerima tawaran daripada Perak tetapi belum membuat sebarang keputusan. Difahamkan pasukan mana yang akan disertainya untuk tahun hadapan akan dibuat selepas berbincang dengan keluarga.

Perak sudah mengikat dua pemain yang dipinjam daripada USM dan Harimau Muda, Mohd Failee Mohd Ghazli dan Muhammad Rafiuddin Mohd Roddin untuk kempen Liga Super tahun depan.

Failee yang berasal dari Selama, Perak menjadi `buah mulut’ peminat Seladang berikutan kejayaannya menyumbatkan lima gol dalam kempen Piala Malaysia yang lalu.

Failee dan Rafiuddin sah beraksi untuk skuad Yob untuk tahun hadapan

Thursday, 27 October 2011

Harga tiket perlawanan akhir kekal RM50

Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan daripada penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu, harga tiket RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia tetap tidak akan diubah. 

Harga tiket itu dianggap wajar kerana terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain.

Walaupun terdapat pakatan ingin memulau perlawanan akhir nanti,  FAM tidak tetap dengan pendirian mereka mengenai harga tiket tersebut.



10 pemain The Red Warriors digugurkan

Pemain The Red Warriors (TRW)  yang memenangi Liga Super 2011

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengekalkan 15 pemain utama musim ini termasuk pemain kebangsaan mereka kebangsaan, Norshahrul Idhlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan. Perkara ini diumumkan oleh presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa.

Penjaga gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Daudsu Jamaluddin, Zairul Fitree Ishak, Mohamad Ab Aziz Ismail, Muhd Badhri Radzi, Shakir Shaari, S Chanturu, Nurul Azwan Roya, Mohd Ramzul Zahini Adenan dan Mohd Nizab Ayub turut dikekalkan.

10 pemain lain digugurkan adalah penjaga gol ketiga dan keempat, Norhadi Ubaidillah dan Mohd Halim Napi, Wan Rohaimi Wan Ismail, Khairan Eruan Razali, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eroza Razali, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah, Zul Yusri Che Harun dan Khalid Jamlus. 

Lima pemain skuad Piala Presiden yang ‘naik pangkat’ adalah Mohd Izuan Solahuddin, Khairul Izuan Rosli, Mohd Aris Zaidi dan dua muka baru, Mohd Zamri Ramli dan Nik Shahrul Azim Abd Halim,” kata Annuar pada sidang media di Kota Bharu, kelmarin. 

Selain 19 nama skuad Red Warrior musim depan itu, KAFA masih mencari lima pemain tempatan bagi mengisi kekosongan posisi tengah, penyerang dan penjaga gol, selain tiga pemain import untuk melengkapkan keseluruhan skuad. 

Daripada lima pemain itu, empat kini dalam peringkat perbincangan terakhir tetapi nama mereka belum boleh diumumkan. Selain itu KAFA akan mengambil tiga pemain import dan urusan tersebut diserahkan kepada ketua jurulatih baru, Peter James Butler. 

'Safiq Rahim belum buat keputusan ke Cardiff'


Aksi Shafiq Rahim ketika menentang Liverpool pada 16 Julai 2011 yang lalu


Kini tiba pula giliran kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim untuk mencuba nasib untuk memikat pengendali The Bluebirds, Malky Mackay. Selepas gagal membantu Selangor mara ke final Piala Malaysia, penyokong fanatik bola sepak kebangsaan kini sudah mula tertanya-tanya bilakah kapten negara ini akan berlepas ke bumi England.

Persoalannya, bila Safiq akan ke Cardiff? Mungkinkah Safiq enggan menjalani ujian pemilihan tersebut kerana masalah permit kerja seperti dialami oleh seorang lagi pemain negara, Safee Sali.

Kredibiliti Safiq selaku antara permata pasukan kebangsaan bermula sejak beberapa tahun lalu lantaran kematangannya menguasai jentera tengah baik ketika bersama Selangor mahupun Malaysia.

Kepakarannya mengambil sepakan percuma memang tidak dapat dinafikan dan antara jaringannya yang masih diingati peminat negara termasuklah ketika menentang Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Julai lalu.

Wednesday, 26 October 2011

Make more MONEY!!!!!

Duit! Duit! Duit! Semua perkara perlukan duit. Bahasa mudahnya "no money no talk"!!!

Kos sara hidup yang semakin meningkat kini menyebabkan ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjana pendapatan tambahan. Tapi adakah dengan melakukan kerja sampingan atau lebih glamor dengan nama 'part time' ini boleh menyelesaikan masalah kewangan kita. Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dan ada juga menjual insurans di pejabat. Tujuannya hanya satu, untuk menjana pendapatan tambahan.

Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan melabur dalam skim cepat kaya untuk mendapat keuntungan segera. Mungkin ada yang berjaya dan sempat merasa hasilnya dan ramai juga yang merana kerana skim cepat kaya ini.

Macam-macam semuanya kerana duit. Ada orang kata ada duit semuanya boleh jadi. Pada aku duit mmg penting pada zaman yang semuanya kena ada duit nie. Nak masuk toilet pun kena guna duit. Tapi pada aku juga jangan sampai kerana duit kita gadai maruah, kita putus kawan atau putus saudara. Apa pun semuanya bergantung pada diri sendiri kan. Tepuk dada tanya selera..